Langkau ke kandungan utama

Telefon RM2,000 ke atas Bukan Lagi Barang Mewah

 1.  Dahulu RM2,000 boleh beli motosikal terpakai.

Dulu-dulu, RM2,000 boleh beli motosikal brand new atau boleh bayar down payment kereta 2nd hand. Tetapi sekarang, telephone RM2000 ke atas bagi ramai orang macam tukar seluar dalam sahaja. Kalau dia rasa handphone sudah ada lagging atau batteri cepat habis, terus pergi ke kedai beli lagi yang baru.

Phone Brand_Illustration only


 2. Apa Yang Tidak Diceritakan Dalam Iklan Telefon

Berbagai cara digunakan oleh  syarikat handphone untuk melariskan barangan mereka. Ini perkara dalam pemasaran..yang tertakluk didalam principle pemasaran, ia itu, Product, Tempat, Harga dan Promosi (4 Ps – Product, Place, Price and Promotion).

Kalau kita lihat dari segi produk dan nama produk, ia hanya telefon, iaitu alat untuk berhubung dengan orang jarak jauh atau dekat. Tetapi penjual telefon tidak menggunakan “product” asal untuk elemen penjualan mereka, tetapi mereka menjual lifestyle. Kalau mereka jual telephone Sahaja, pasti perniagaan mereka akan lingkup sebelum buka business !.

Cara-cara atau element-element yang diambil kira untuk melariskan product mereka ialah mereka focus kepada keupayaan camera dan keupayaan A.I yang digabungkan dalam devise handphone.

Element lain yang diambil kira sebagai advantage handphone ialah battery capacity tetapi bukan ketahanan battery. Termasuk jugalah kecepatan semasa mengecaj battery.

Mereka akan ceritakan bahawa handphone itu mempunyai battery yang besar dan boleh bertahan selama 24 jam, 36 jam atau lebih tetapi mereka tidak cerita pasal sama ada battery itu boleh bertahan seperti baru selepas 2 atau 3 tahun. Yang saya tahu, kalau handphone sudah berumur 2-3 tahun ke atas, baterinya akan mula jatuh kemampuan perlahan-lahan ataupun ada juga yang jatuh mendadak keupayaannya.

Element lain yang diambil kira ialah kepasiti storan tetapi storan sekarang mungkin tidak lagi satu kemestian sebab tiap peranti handphone boleh saja disambungkan dengan storan cloud.

Selain itu, prestasi prosesan juga diambil kira. Tetapi prestasi ini boleh dijangka mengikut harga. Lebih mahal harga handphone itu, tentu saja prosesornya lebih kuat. Mereka tidak boleh berbohong sebab ramai pelanggan sekarang sudah tahu tentang perkara itu. Mereka tidak akan cerita bahawa kecekapan dan prestasi prosesan akan berkurangan atau menurun selepas banyak kali dikemaskini. Tetapi kita tidak boleh menyalahkan penjual di kaunter sebab tugasan mereka hanya untuk menjual. Yang lain-lain tu..kita kena cari dan belajar sendiri.

3. Telefon Semakin Pintar, Tetapi Pengguna Semakin Bergantung

Sekarang, telefon makin pintar dan kita akan jadi kurang pintar. Dulu-dulu tahun 70-an, 80-an, 90-an dan awal tahun 2000…kita boleh hafal banyak nombor telefon. Sekarang, kalau kita tanya nombor telefon kawan kita, nombor telefon sendiri pun kena refer kepada pranti handphone dia sendiri… bukan semualah, tetapi sudah ada yang macam itu.

Dulu-dulu – kita tulis, lukis guna tangan dan kertas. Sekarang, semua kena ditulis, dilukis dan dihantar guna handphone….

Telepon sudah menjadi segala-galanya dalam hidup manusia dan telah pun menjadi gedung ilmu di tepak tangan, tapi malangnya, kita kena rujuk balik kepada alat di tangan untuk menggunakan ilmu itu. Dulu-dulu, tapak tangan kita kosong dan kita kena rujuk guna kepala kita sendiri.

Telepon semakin pintar – dari lahir, bagi yang lahir di abad ini sampai ke hari ini bergantung kepada telepon. Dari bangun tidur kita terus pegang handphone sampai ke masa kita tidur. Malah, saya sendiri kena dengar macam-macam berita di atas katir dengan handphone sebelum tidur. Masuk buat business ke dalam bilik air pun bawa telephone, terlebih lagi kalau waktu malam – mana tahu, tiba-tiba bekalan api terputus – telephone juga yang masih ada lampu.

Dalam kata-kata singkatnya – hidup ini terlalu bergantung kepada peranti telefon, sebab itu harga yang RM2000 ke atas telah menjadi sesuatu yang wajib dalam kehidupan harian kita.

4. Kos Tersembunyi Selepas Membeli Telefon

Masa kita beli, mungkin kita lupa berfikir panjang tentang kos-kos sampingan yang akan mendatang – kos tersembunyi. Contohnya cover dan perlindung skrin, langganan cloud storage, power bank dan berbagai lagi.Tetapi ini tidak begitu mahal…dan tidak juga wajib.

5. Kenapa Ramai Sanggup Berhutang Untuk Telefon?

Tekanan sosial adalah satu faktor yang saya lihat telah menjadi pendorong utama bagi seseorang untuk mendapatkan set-set yang dianggap trending atau high quality / mahal. Terutama bagi yang bekerja di pejabat, tetapi kurang bagi yang bekerja sebagai buruh.

Kaum wanita, terutama yang suka bergaya – pasti akan mencari dan membeli set-set yang dianggap “branded” untuk postingan media sosial mereka. ..pengerak ekonomi. Mereka tidak mahu ketinggalan dan tentu sekali mereka mahu kamera ang lebih canggih, dan nampak bergaya.

Dengan pendapatan sebulan yang jauh lebih rendah daripada harga handphone yang diingini, ramai sanggup berhutang atau membayar bulanan yang tinggi kepada pengendali rangkaian di negara ini. Pengendali rangkaian biasanya menjual paket-paket tertentu untuk memudahkan pelanggan mereka memiliki brand-brand atau model-model yang mereka inginkan atau mampu membayar.

Kesanggupan untuk berhutang berkaitan telefon ini mungkin kerana keinginan mengawal pemikiran. High emotional vs thinking

6. Kenapa Berat Hati Membeli Insurans? 

Berbanding dengan membeli atau melabur di dalam Insurans Policy, kebanyakannya kita akan membeli handphone dulu sebelum insurans kerana manfaat insurans tidak nampak serta-merta, tetapi telefon memberi manfaat serta-merta terutama saat membawa balik ke rumah dan mula membuka kotaknya – unboxing – ada yang terus membuat social media content dengan unboxing brand new handphone.

Pembelian insuran pula dianggap sebagai kos dan bukan perlindungan. Ada betulnya juga..kenapa perlu sibuk-sebuk pasal 20 – 30 tahun akan datang…ada insuran pun kita akan mati…yang masih hidup tu, pandai-pandailah cari hidup sendiri !.Tetapi ada juga orang yang penuh tanggungjawab yang membeli insurans untuk manfaat anak-anak mereka di kemudian hari.

Telephone boleh dipegang dan boleh merasa kenikmatannya terutama sekali kalau orang komen – Wow..cantiknya telephone kamu atau cantiknya gambar dari handphone kamu….- bagi orang yang hidup dengan makan pujian saja lah…bukan semua ya..

Polisi insurans hanya menjadi berguna apabila berlaku sesuatu dalam hidup pemegang polisi dan bayaran bulanan semasa kita sihat mungkin menjadi satu bebanan.

7. Nilai Sebenar Telefon Selepas Dua Tahun

Mengikut pengalaman peribadi saya sendiri, saya sudah guna berbagai jenama semenjak ada satu set analogue dipanggil ATUR 450 dulu..dulu-dulu harga telephone boleh bertahan beberapa tahun tetapi sekarang, harga telephone jatuh dengan sangat cepat. Kalau kita mahu jual handphone 2nd hand kita, mungkin tidak akan terjual sebab harga brand-new pun ada yang murah-murah seperti di bawah RM700…pun sudah bagus dan berkualiti. Fungsi-fungsi pun masih sama, cuma ada sedikit sahaja kelainan. Selagi boleh guna facebook, google, whatsapp dan lain-lain..OK sudah itu..

Tetapi yang pasti, selepas 2-3 tahun, kualiti telefon sekarang memang akan menurun dengan mendadak dan anda akan mencari telefon yang baru.

8. Apa Yang Saya Pelajari Selepas Menukar Telefon

Beberapa hari lepas, saya beli peranti handphone baru, kononnya model yang paling dekat dengan model flagship. Sebelum ini saya guna satu brand model Flagship, brand lain, memang tahan lasak dan tidak pernah sangkut, tetapi selepas 3 tahun, saya kena beli powerbank sebab bateri sudah tidak tahan. Dulu boleh bertahan selama 2 hari tetapi sekarang hanya boleh bertahan paling lama ¾ hari Sahaja. Leceh juga kena pegang handphone dan powerbank ke sana ke sini.

Telefon baru tidak akan benar-benar mengubah hidup kita cuma boleh meringkaskan masaalah kita buat sementara waktu.- Contohnya, saya tidak perlu bawa powerbank lagi.

Berkaitan dengan servis yang lain seperti A.i didalamnya, kecekapan kamera dan quality gambar – sebenarnya tidak perlu sangat sebab berapa banyak saja yang kita perlukan. Mungkin A.I itu kita tidak perlu sangat dan gambar-gambar yang kita ambil pun tidak perlu sangat. Ia hanya penting beberapa jam atau beberapa hari selepas kita mengambil gambar. Kemungkinan besar, kita akan melupakan semua gambar yang kita ambil sebab terlalu banyak, bukan yang diambil oleh kita sendiri tetapi juga yang diambil oleh orang lain. Gambar-gambar, video-video berkaitan sesuati peristiwa atau aktiviti, terlalu banyak dilaman web. Masing-masing berlumba untuk memuatnaik ke laman sosial media. 

Kepuasan penggunaan telefon baru, contohnya untuk menangkap gambar dan video, mungkin pada ketika itu sahaja, beberapa jam selepas atau beberapa hari sahaja. Perubahan bergerak terlalu cepat dalam perkara ini.

9. Telefon Sebagai Keperluan Atau Simbol Status?

Bagi kebanyakkan orang, telefon hanyalah keperluan dan bukan symbol status tetapi bagi segelintir mereka berpandapat telefon itu sebagai symbol status atas kepeerluan. Bagi golongan kecil ini status lebih penting biar pun mereka tidak mempunyi public status. They have to look like one !.

10. Jika Saya Diberi Pilihan Hari Ini

Bagi saya secara peribadi, sekiranya telefon lama saya, RM2000, lebih 3 tahun dulu, tidak berfungsi seperti yang dikhendaki, terutamanya battery, saya akan membeli telephone yang agak mahal, mungkin sekitar RM3000 sebab:-

Tugasan harian saya memang banyak menggunakan peranti handphone dan internet. Sebagai a one-man show business operator, saya guna handphone untuk membuat quotation, invoice, banking, customer contact, accounting, menyusun komplain masyarakat dan macam-macam lagi. Tentu sekali saya akan melabur keatas penggunaan peranti handphone yang lebih canggih dan batterynya tahan lama.


Ulasan

Feature Post

Kematian Teknologi PayPhone menjadi masaalah kepada yang hidup

Pada era tahun 1980’an hingga ke era 1980’an, Kerajaan Malaysia dan Syarikat-syarikat telah memasang sekitar 60,000 public phone di seluruh negara. Mula-mula dengan era TM and Uniphone. Public phone masa itu diguna dengan memasukkan syiling 10 sen, 20 sen atau 50 sen. Tapi pada tahun 1990’an, system telah dimajukan sedikit dimana kad boleh digunakan. Pada masa itu, phonecard adalah kad yang mesti ada dalam dompet selain daripad kad bank dan kad pengenalan. Bangkai Public Phone Bangkai Public Phone Saya masih ingat lagi payphone itu semua boleh di “hack” dimana sesiapa yang pakar “hack” boleh guna berja-jam sehingga telinga mereka berasap!..tetapi kalua di Kawasan orang ramai, susah juga mahu hack sebab ramai orang lain perlu gunakan pada masa masa tertentu, tetapi pakar hacker itu semua akan hack juga Ketika semua orang lain sudah tidur, terutama untuk menelefon ke luar negara. Pada penghujung 90’an..kedatangan mobile teknologi seperti ATUR 50, dan seterusnya GSM, barisan yang menu...

Kenapa Orang Sekarang Lebih Panik Hilang Phone Daripada Hilang Wallet

Perubahan budaya manusia berlaku sangat cepat sekarang sehingga kita lupa apa yang berlaku di sekeliling kita. Kadang-kadang perut lapar pun lupa. Cerita ini bukan cerita yang baru dan kebanyakan manusia mengalami keadaan ini selagi kita pegang alat smartphone. Busy with his smartphone Sehingga tahun 2005, wallet kita lebih penting dalam kehidupan harian tetapai selepas tahun 2005 hingga ke hari ini dan tahun tahun mendatang, phone lebih penting daripada dompet bagi kebanyakan orang. Apakah yang akan berlaku selepas handphone? Adakah telefon akan masih menguasai kehidupan kita selepas 10 tahun akan datang? Sebab telefon sekarang bukan lagi “alat komunikasi”. Ia sudah jadi identiti, bank, hiburan, pejabat, kamera, peta, dan kad akses hidup harian, sekali gus termasuk nyawa kita dan kesihatan keluarga bergantung kepada gajet ini. Dulu orang keluar rumah akan tepuk poket belakan: “Wallet ada?” Kalau wallet ada, baru sah untuk keluar dari rumah ke tempat lain.  “kunci ada?” - kalau ...

Lebih Dari Hiasan: Cerita Di Sebalik Manik Bidayuh

  Kerja tangan Bidayuh - Manik Pada tanggal 2hb Mei 2026, Hari Pekerja, saya naik ke Bung Bratak sebab pada hari itu juga 1hb Mei digazetkan sebagai Hari Bung Bratak.  Salah satu item yang menjadi tarikan di atas gunung itu adalah manik-bead works, kraft tangan Bidayuh. Ya, di seluruh pelusuk dunia, kaum pri-bumi mempunyai berbagai krafttangan yang berasaskan manik. Tiap-tiap manik yang dikeluarkan hasil kerja tangan pribumi semestinya mencerminkan identiti-identiti kaum tersendiri.  Sama juga dengan kerja tangan kaum Bidayuh. Yang diperbuat dari kilang di negara China - sekali pandang pun kita agak-agak yang erja manik itu dikeluarkan oleh kilang. Kerja tangan atau kraftangan berasaskan manik bukan sahaja produk sebagai cenderamata atau souvenirs, tetapi ia adalah LIVING HERITAGE + PUNCA PENDAPATAN bagi setengah golongan dalam komuniti Bidayuh, selain daripada salah satu budaya & identiti. Semasa berjalan-jalan ke ruang bangunan, ternampak satu meja penuh dengan kerj...